Saturday, November 28, 2009

memori ELIT


Ini adalah majlis kahwin rakan sekelas kami iaitu kelas 5 elit. kelas yang paling aku sayangi sampai bila-bila kerana dikelas itulah aku mulai belajar erti sebuah persahabatan tulus, disitulah aku merasai kasih sayang sahabat yang sebenar, berkongsi suka dan duka, bergelak ketawa, kena marah dengan cikgu (sebab kelas yang nakal), walaupun kelas sains tulin , tapi semua kepala gila-gila. Di kelas itulah, kami merancang sebuah perjalanan pengembaraan yang menyeronokkan. Pergi ke Kuala Lumpur beramai-ramai, naik keretapi, buat bising dalam gerabak (sampai naik tensen orang lain yang satu gerabak dengan kami). pergi menonton wayang (buat pertama kali tengok wayang bagi aku la)...cerita 'cinta luar biasa', menonton di GSC Mid Valley, tidur di hotel lima bintang..(Berjaya Times Square)..makan dinner kat Kenny rogers Roaster , main-main game kat tingkat atas sekali, makan sambil tengok orang main roller cooster atas kepala, pagi-pagi keluar hotel pergi beli mee goreng kat kedai seven eleven kat tingkat bawah hotel, berkejar-kejar naik moneral, jalan-jalan di Sg Wang, cari kawan-kawan yang tersesat jalan..Hahaha..berkejar-kejar KTM hendak ke Pudu, naik bas Tranasional balik Kota Tinggi, satu bas tu penuh dengan kami, kene marah dengan driver bas sebab buat bising.


Dalam bas itu jugalah kami buat video perpisahan. Sampai sekarang video itu masih bersama-sama kami. Seronokkan?. Walaupun kami nakal, tapi kami juga tetap ingin menjadi orang yang berguna. Ada sekarang yang dah bekerja di jabatan-jabatan kerajaan (kerja ofis ), ada yang menjadi TUDM, ATM, berniaga, ada yang dah ada kereta sendiri, tiga orang dah mendirikan rumah tangga, ada yang menjadi jururawat, akauntan,Juruteknik, dan selebihnya masih ramai yang masih melanjutkan pelajaran di IPTA mahupun IPTS. Sekurang-kurangnya kami tetap menjadi orang berguna, berpelajaran, bekerja, tidak berpeleseran tak tentu arah macam remaja zaman sekarang ni.


Walaupun masa sekolah dulu, kelas kami selalu dianaktirikan, Yelah, kami kelas kedua sains tulin, dah la pelajar-pelajarnya nakal, ditambah pula dengan guru kelas kami yang garang. kami panggil beliau sebagai ma'm. Garang tau, mengajar kami bahasa Inggeris. Paling seronok belajar sastera inggeris. Siap kene buat peta jalan cerita setiap cerpen. Walaupun stress tetapi akhirnya kami faham cerita tu...'the Pearl'..iyelah, nak baca satu buku tu, kami bukanlah ulat buku. Jadi main agih-agih chapter dan kemudiannya cipta jalan cerita. Huhuhuhu. Kelas kami tidak lah secerdik kelas pertama dari segi akademik, namun boleh berbangga juga la apabila kelas kami ada yang menjadi olahragawan sekolah, aku pun tercalon antara tiga terbaik calon olahragawati sekolah. Ok juga tu, dapat naik pentas terima sijil penghargaan. Sekurang-kurangnya ada juga sumbangan kami terhadap sekolah.


Pernah juga apabila otak gila-gila aku sampai, semasa hari guru, kami bagi hadiah kepada guru Biologi kami, cikgu Azlin namanya, kami hantar melalui 'delivery service', kami tulis selamat hari guru dan tulis nama kelas kami,tak sangka pula, budak delivery tu bagi hadiah tu semasa aku duduk lepak dalam dewan, cikgu Azlin pun ada dalam dewan duduk depan aku lagi. Apalagi aku ternampak la. Terkejut dia tau, siap tunjuk kat kawannya yang duduk kat sebelah. Mungkin sebab tak sangka agaknya dapat hadiah dari kami, Tapi itu cadangan aku, tak kan selamanya aku nak kelas kami dipandang rendah oleh guru-guru. Tetapi selepas tu cikgu Azlin makin baik dengan kelas kami la. Kepada cikgu-cikgu lain maafkan kami, bajet tak cukup masa tu nak bagi hadiah kepada semua. Tetapi jasa kamu semua kami ingati sampai bila-bila sebab sekurang-kurangnya kamu semua telah mendidik kami menjadi 'ORANG' bukan BERUANG...


Juliana merupakan kawan ketiga kami yang sudah berkahwin. Pertama Siti Suryani dan sekarang sudah memiliki anak lelaki, yang kedua hanif dan nadia (cinta pandang pertama..kawan satu kelas..belajar bersama-sama, melanjutkan pelajaran bersama-sama..dan kemudiannya berkahwin kerana hendak memulakan kerjaya di Kuala Lumpur berdua..so sweet..) dan sekarang mereka menantikan kehadiran cahaya mata yang pertama..dan ketiga adalah Juliana..walaupun dia tak mengaku masa dia dah tunang tahun lepas, tapi takpe la, dia masih malu nak mengaku masa tu agaknya. Walaupun dia terkejut apabila aku memunculkan diri pada hari perkahwinannya. Ayat pertama yang terpancul dari mulut mungilnya itu... "SHUK!!!!"..hahaha..sempat aku membebel sekejap sebab dia tak bagi kad jemputan kad aku..(apalah aku ni). Kenangan itu indah.


Aku sampai awal dengan Alin, tak tahu rumah dia kat mana, tapi main redah je dengan Iwan (bos kelas kami)...naik dua kereta. lepas makan ingatkan nak balik, tapi wan suruh tunggu kawan-kawan yang lain sampai. Tidak lama kemudian ramai la yang datang. Yang lama tak jumpa semua jumpa..hahaha..seronok...Aku harap jika aku kahwin satu hari nanti, aku nak kawan-kawan aku datang. Kawan-kawan kat universiti, kawan-kawan kat SMKM. Diorang mesti dengar kata-kata penolong bos yang tak bertauliah ni...huhuhu. Inilah antara potret-potret yang sempat aku snap sebagai kenangan...selepas ini giliran siapa?????..hehehehehe



bos kami (iwan).....




Alin....



kawan-kawan sedang mengambil makanan =)

Wednesday, November 25, 2009

kenangan itu indah



Kenangan itu indah, tidak kira ia pahit, manis, masam atau tawar namun hasilnya adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan. Setiap pergerakan kita, setiap apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang tidak mungkin berulang untuk kali kedua. Kenangan itu juga hanya mampu diimbas namun untuk kembali kepadanya adalah mustahil sama sekali. Maka hargailah apa yang ada disekeliling kita dan hargailah semua perkara yang pernah terpalit dalam kamus kehidupan kita..

created by : cik shu




cuti dan musim orang kahwin


Agak lama tak tengok blog ni. Maaf ye 'Aisy, tuanmu ini kekeringan idea nak menulis. Huhuhu. Sekarang ni cuti semester dah bermula. Pelbagai agenda telah dirancang. kenduri kahwin, Orang bertunang, majlis tahlil adalah antara agenda wajib yang mesti dihadiri dan menuntut penglibatanku. Lain-lain agenda ialah nak kuruskan badan (hahhaha..boleh ka?)..nak berjoging pagi-pagi sekeliling rumah, nak siapkan pantun-pantun yang tergendala, nak ubahsuai dan mengemas bilik, nak kemas stor..wah..banyak tu..tercapaikah?..semoga terlaksana semua impian.

Hari pertama sampai Johor je, aku tak sempat nak sampai rumah. Mak suruh tunggu kat kota tinggi, sebab kami terus nak pergi majlis nikah sepupu di Tebrau. Kami tak la rapat sangat, tapi aku pernah duduk rumah dia dalam 3-4 hari (tak ingat la) sebab banjir besar yang melanda Kota tinggi suatu masa dulu, aku terkandas tak dapat balik rumah sebab jalanraya semua dipenuhi air. Masa tu kerja kat Venture. Balik pagi je semua jalan ditutup..Huhuhu..apalagi berbekalkan ehsan dari pakcik duduk la rumah dia sehelai sepinggang. Akhirnya setelah beberapa inisiatif difikirkan, aku berjaya pulang ke Tenggaroh tetapi melalui jalan jauh, pusing Kluang dan Kemudiannya ke Jemaluang. Tidak mengapalah janji sampai rumah. Duduk rumah sendiri lagi seronok, nak buat apa sahaja boleh.

Berbalik semula kepada cerita asal tadi, Sampai sahaja di Kota Tinggi, tengok-tengok jam, terawal la pula, mesej mak, dia dalam perjalanan. Jadi kene tunggu la. Sementara tunggu pergilah cari kedai makan nak sarapan. Dalam hati teringin nak makan lontong. Yummy..yummy..Akhirnya misi sempurna. Walaupun diganggu seorang lelaki ketika makan (konon-kononya nak berkenalan la tu..tak mau..tak mau..). Selepas siap sarapan, aku tunggulah mak kat terminal, dalam setengah jam kemudian, mak dan apak pun sampai. Kemudian kami bertiga pun meneruskan perjalanan ke Tebrau. Sampai sana majlis belum bermula lagi, pagi hari mereka adakan majlis akad nikah dulu, sementara tunggu Pak Kadi datang (lambatlah pula Pak Kadi ni..hehehe)...aku pun naik atas bual-bual dengan mak, kemudian makan dulu kat khemah. Tahu tak, aku tak salin baju pun, baju dari penang tu aku pakai sampai ke majlis kenduri. Baju blaus dan jeans. Agak tak bersesuaian la, tapi nak buat macamana, boleh la tu. Tapi aku terangkan la kepada tuan rumah yang aku baru sampai dari penang.

Majlis pernikahan ini antara orang Johor dan pasangannya dari Perlis. Jauhnya. Apalagi aku pun tanya la kat mak dan apak, Kalau dapat orang mana-mana boleh??..jawapannya boleh. Huhuhhu..Agak tengahari juga la majlis pernikahan berlangsung. Adat Johor agak berbeza sikit dengan utara. Agak kesal juga la apabila tetamu pihak lelaki kurang menghormati majlis pernikahan, namun ditegur oleh Pak Kadi. Biasalah budak-budak bujang ini, mereka fikir kahwin perkara yang main-main agaknya. mental dan fizikal kena kuat tau. Bukan setakat 'i love u, u love me" banyak perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. persediaan perlu ada. Berleter pula aku ni..Macam ada pengalaman je. Kami tak tunggu majlis persandingan sebab kena bergegas balik kerana di tenggaroh pun ada rewang. Sebelum tu sempat singgah kat ECONSAVE..shopping!!!..sampai rumah je dalam pukul 4 lebih la. Aku keletihan, jadi malam tu mak aku je yang pergi rewang kat rumah jiran. Badan aku sakit-sakit sebab bawa balik batu bata dari penang (bawa balik barang yang dah diperlukan, iyelah tinggal satu sem je lagi..Insya Allah).

Musim-musim cuti sekolah ni, memang ramai yang buat majlis kahwin, majlis tunang. Seorang kawan baik aku (Faezah) akan melangsungkan majlis pertunangan dia pada 12 Disember ini, aku tetamu yang 'wajib ' pergi. Huhuhu..Yang terbaru kawan sekelas aku (Juliana) yang akan melangsungkan perkahwinan pada 29 November ini, walaupun agak marah sebab tidak dijemput secara rasmi (tahu perkara ini pun melalui rakan-rakan yang lain) namun aku mendoakan semua kawan-kawanku yang menempuh hari bahagia agar dipermudahkan urusan dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Perkahwinan di johor, banyak persepsi yang aku dengar. Masa praktikal kat MINDEF dulu. kawan aku dari UMS (Lum Chee Hong) mempersoalkan mengenai duit hantaran pengantin di Johor. LUM dari Negeri Sembilan. Dia tanya aku betulkan duit hantaran di Johor mengikut kelulusan akademik, semakin tinggi taraf akademik semakin tinggi duit hantaran. Ekspresi pertama aku adalah " terkejut"..hahhahaha. Aku tak pernah dengar pula ada kes macam ni dan menurut Lum kawan satu universiti dia yang berasal dari Johor yang memberitahu. Lepas tu, aku cakap dengan Lum, perkara ini mungkin ada berlaku namun bukan semua tempat di Johor dan ia bukan adat Johor. Ia lebih bersifat metarialistik bagi individu tertentu. Budaya yang selalu ada di Johor adalah 'budaya tol' iaitu bagi pengantin lelaki dikehendaki membayar tol sebelum dibenarkan masuk dan duduk di pelamin, sebelum sampai ke pelamin tu, mungkin mereka akan menempuhi dua atau tiga pintu tol yang selalunya terdiri daripada saudara mara dan jiran tetangga. Bagi pihak lelaki, kamu tak perlu la bagi banyak-banyak, sekadar buat syarat sahaja. Paling tinggi tol adalah di pelamin. Iyelah ketika itu nak melihat bakal isteri yang cantik perlu la bayar tol kepada Mak Andam. Seronok sebagai hiburan. Jadi lelaki luar Johor yang dapat perempuan johor janganlah terkejut pula ye.

Adat-adat lain tak adalah sangat, sekadar kene basuh periuk kenduri, itu mungkin perkara biasa bagi setiap pengantin. Aku pernah tanya (lupa aku tanya kat siapa) kenapa mesti pengantin basuh periuk dan orang tu jawab, iyelah kita semua dah meraikan mereka, jadi mereka pula la yang basuh periuk..ooooo rupanya begitu. betul juga ye. Mengenai duit hantaran, ia terpulang kepada kepada perbincangan kedua-dua pihak. jangan sampai bergolok gadai sudah la ye. banyak kes yang dipaparkan di dada akhbar mengenai pengantin yang ditipu kononnya bakal suami jutawan. Jadi kepada wanita-wanita, jangan terlalu melihat kepada harta benda, dikhuatiri kelak kamu yang rugi. Walaupun duit tu penting, tapi agak-agaklah juga. Takkanlah setiap masa otak tu berfikir mengenai duit. Kalau hendak enjoy lebih, carilah duit sendiri, lebih puas hati nak guna.Pilihlah seseorang kerana agamanya, kelak kamu tidak akan rugi apa-apa. Sekadar peringatan kepada diriku dan juga kepada semua.


created by : Cik Shu


Tuesday, November 17, 2009

Mimpi

Pagi tadi Saba bermimpi. Mimpi yang benar-benar mengusik hatiku, apatah lagi dia. Bangun dari tidur , dia bertanya ada dengar dia menjerit tak? Aku nafikan sebab pagi tadi aku tak berjaga dinihari walaupun sudah digerakkan oleh Pencipta supaya bangun bersyukur, namun syaitan yang jahat tu selalu menyelimutiku agar tidak bangun mengadu nasib padaMu. Ya Allah ampuni dosa-dosaku. Usai subuh, aku meneruskan agenda menghabiskan masa kat atas meja, manakala Saba meneruskan agenda menambah koleksi peta di bantal. Hahahha.


Pagi ni kami ada temujanji dengan doktor gigi. Itulah agenda kami sebelum pulang bercuti ni. Seronok pulak tengok gigi cantik je. (riak dah ni..oopss..astagfirullah). Lepas siap gigi kami di proses oleh doktor. Kami turun ke tingkat bawah pusat sejahtera, nak ambil ujian darah Saba. Rupa-rupanya nak ambil ujian darah pun kene ikut prosedur seperti biasa. Ingatkan terus pergi kat pusat klinikal..heheh..apalah kami ni.

Sementara tunggu Saba dipanggil ke bilik doktor, kami bersembang kat ruang menunggu sambil menghadap televisyen. Tetiba Saba mengunjurkan kembali persoalan mengenai mimpi dia malam tadi.

Saba : org pelik la mimpi malam tadi

aku : tak nak cerita ke?

saba : nak cerita la ni. semalam orang mimpi kawan yang dah mati. Masa tu orang dalam perjalanan nak ke surau/ masjid. Orang tu disebelah kanan (aku lupa belah kanan ke belah kiri..anggap je lah belah kanan tau). wajahnya muram, pucat..pandang kat saya. Pastu orang tengok belah kiri pula, nampak fazil ( bekas bf dia), muka dia pandang saya, dengan wajah marah. Apa maksudnya ye. Sampai orang booleh mimpi kawan yang dah mati.

aku : Shu tak tau la, nak minta tolong abang tafsir, dia tak ada. Pergi kursus.

Lepas tu macam-macam andaian kami buat, demi menafsirkan mimpi dia. Akhirnya andaian yang boleh diterima pakai adalah daripada Saba sendiri

"Saya rasa, fazil ada merintih la dengan arwah. Mungkin terlalu merintih dengan arwah, arwah tak tahan dan rasa serba salah. Akhirnya dia bagi petunjuk kat dalam mimpi dah bagitau saya perkara yang sebenar "

Kami singgah tesco dulu sebelum balik bilik, Nampak Im dan shikin kat bustop. Nak beli jeruk la tu. Hahahaha. Tak dapat nk ikut sebab dah janji dengan doktor. Sampai bilik dah siap makan dan kemas barang-barang. Saba telefon Fazil sebab nak tanya sebab sebenar, adakah fazil ada merintih dengan arwah. Dan keputusannya " BENAR" , memang benar fazil ada merintih dengan arwah selepas mereka bedua berpisah. Perbualan seterusnya biarlah rahsia la ye. Itu urusan mereka berdua.

Apa yang ingin aku kongsikan di sini bahawa, kadangkala kita tak percaya mimpi-mimpi sebegini. Bukan semua orang diberi petunjuk untuk memperolehi mimpi sebegini. Adakah benar arwah menderita sebab ada orang merintih kepadanya. Allahualam. Namun itu semua adalah percaturan yang Maha pencipta. Sebagai renungan kepada semua. Usah dirintih nasib kepada orang yang sudah pergi, sebaliknya redha dengan ketentuan Allah. Sedekahkanlah Al-Fatihah bukan perlu dirintih. Semoga roh arwah tenang di sana. Al-Fatihah..


created by : Cik Shu

Sunday, November 15, 2009

sukarnya memahami


Ya Allah sukarnya untuk memahami dan mengerti. Ya Allah lemahnya hatiku dengan ujianMu. Ya Allah murahnya tangisanku selain untukMu. Ya Allah aku terlalu lemah kini. Sujudku kadangkala diselang-seli dengan duniawi. Ya Allah kembalikan hatiku seperti dulu, cekal menghadapi ujian, tabah tatkala ditimpa musibah, menjadikanMu sebaik-baik pedoman. MenjadikanMu setinggi-tinggi Pencipta, selalu menangis kepadaMu, Ya Allah aku kini semakin lemah. Berikan aku taufik dan hidayahMu. Ya Allah terlalu sukar untuk memahami..Namun Engkau jadikan diriku sentiasa cekal. Hatiku semakin tidak kuat. Oh..dunia, kuatnya pengaruhmu, melekakan..melalaikan...Sesungguhnya aku insan yang lemah...


created by : Cik Shu




Thursday, November 12, 2009

Aku yang malas



Bangun tidur...mandi..solat..buka mak cik ACER...online surat khabar..tengok blog..dengar lagu...tengok nota( tapi sikit je , angan-angan je lebih )..Hari-hari macam tu. Bosan atau aku yang tak tau mewarnai hidup sendiri. Ya Allah, kini ku sedar, aku bertambah malas. Hari demi hari aku seperti hilang arah diri. Namun aku bersyukur aku masih di sini. Malas? sampai mati tak akan hilang. Ia hadir sendiri tanpa dipengaruhi orang sekeliling. Ayuh Shu! bangkit kembali. Jadi seperti dulu. Kamu boleh!!..(sekadar cuba memotivasikan diri sendiri)..Kenapa ya? tiada kangsung gangguan dari orang sekeliling? namun motivasiku luntur sendiri kini. Masih dua paper killer yang perlu dihadapi. Ya Allah bantulah diriku ini..

Bila orang tanye..Shu mana? ada kat bilik baca buku..Tahukah kamu berapa peratus je yang masuk dalam kepala otak ni. Entahlah. hanya tuhan yang tahu. Aku berharap masih ada ruang untukku berubah..


bebelan oleh : Cik Shu

Wednesday, November 11, 2009

lelaki dan wanita


Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya dapat menukarnya menjadi tenaga.

Kulit lelaki lebih kasar berbanding kulit perempuan yang lebih halus. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang lebih kasar dan besar suaranya.

Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

Demikian juga daripada segi psikologi. Wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

Apabila mengamati sesuatu benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita pula menggunakan pengamatan yang luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara yang lebih besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting an kad kredit bank.

Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan wanita ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make up, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon dan macam-macam lagi.

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih besar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.





Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara berbeza. Urusan-urusan rumahtangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belumpakai baju lagi, anak belum makan lagi. kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atss ke bawah, kain ini dipegang, diperhati dan dieselkan. kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak perlu mengambil masa yang lama.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan cara wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk ke dalam kereta. tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin anak , dan berbagai-bagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya supaya saling membantu dan berkasih sayang. jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang-menyayangi. Sesungguhnya semua makhluk Allah dicipta berpasang-pasangan untuk saling memperlengkapi antara satu sama lain. Subhanallah =)


salam ukhwah : cik Shu


Friday, November 6, 2009

SBU 344E

SBU 344E : LAND DEVELOPMENT AND ADMINISTRATION


1) Explain the meaning of 'the twin principle' in the Torrens System. can the principle of ' indefeasibility of title ' under the Torren System be challenged? Discuss with relevant examples.


2) Using the appropriate examples, critically assess the importance of securing land rights for the poor communities particularly in the developing countries.


3) Briefly explain the importance of land in the development of a country. What happens to the development of a country in the absence of a good land administration system? provide suitable examples to support your arguments.


4) Describe the present state of our urban environment. Discuss the contributing factors of the conditions observed and provide practical suggestions to improve the management of our urban land.


5) Discuss the environmental implications of the development projects that have not been properly planned and effectively regulated by the authorities. Explain how to achieve sustainable land development.

Monday, November 2, 2009

ucapan

lepas habis exam SBU 341. duduk lepak-lepak depan makcik ACER ni. membaca surat khabar. kemudian, zati mesej nak dtg bilik. sedang duduk bual-bual tiba-tiba pn. NOKIA berbunyi. dengan muka pelik mengangkat ( pelik la sebab dah nak maghrib, sape la yang nak call.
la rupanya angah :

angah : hello yang
aku : hello
angah : lupa la nak wish good luck pagi tadi. sorry
aku : tau pun, ibu aisy je mesej wish gud luck tau
angah : terlupa, ngah bizi2 , tapi terpikir apa benda yang lupe hari ni, pastu sampai klinik, terus buat keje. tapi jiwa tak tenteram sebab macam ada sesuatu yang lupe nak buat. rupa-rupanya baru ingat, yang periksa hari ni. tak wish
aku : tau pun, sebab tu tak dapat jawab satu soalan, tak cukup orang wish..hahaha
angah : oh, yeke. tu la terlupa la, mak wish tak?
aku : dah wish smalm, masa call dia
angah : oh, susah tak soalan
aku : boleh la, baca benda lain, jawab benda lain. hahaha. yang penting dah lepas, tawakal je
angah : iye lah. ok tau. jaga diri baik2. assalamualaikum
aku : waalaikummussalam


itu lah ada lah satu rentetan cerita aku dan angah. terima kasih kepadanya. sanggup telefon walaupun dah nak manghrib semata-mata nak ucapkan good luck dan rasa bersalah sebab tak wish pagi tadi. takpe..i love u. kasih adik-beradik yang tiada nilainya =)


created by : cik shu

Sunday, November 1, 2009

SBU 341

ADIK-ADIK JUNIOR 3P. NI SOALAN EXAM SIDANG NI TAU. NANTI KALAU KAK SHU TAK SEMPAT NK BAGI SOALAN LEPAS2. BOLEH TGK KAT BLOG YE..

sbu 341 : prinsip pembangunan berteraskan islam (2009/2010)

1) jawab soalan-soalan berikut :

a) senaraikan teori-teori pembangunan yang lahir daripada falsafah pembangunan neo-klasikal dab daripada falsafah pembangunan radikal.

b)benarkah kesemua teori pembangunan yang lahir daripada kedua-dua falsafah ini berada dalam satu paradigme ? berikan alasan-alasan anda.


2) anda ditugaskan untuk melaksanakan pembangunan berteraskan islam di sebuah daerah di Malaysia. antara perkara pertama yang anda mesti lakukan ialah mempastikan pelaku pembangunan mempunyai status sebgai hamba dan khalifah Allah. sehubungan ini, jawab soalan-soalan berikut :

a. kenapakah status pelaku pembangunan sebagai hamba dan khalifah Allah itu penting dalam sebuah sebuah pelaksanaan pembangunan berteraskan islam.

b. apakah kayu pengukur status pelaku pembangunan sebagai hamba dan khalifah Allah tersebut?


3) secara ringkas, huraikan alam-alam yang terangkum dalam skala pembangunan berteraskan islam. bincangkan fungsi alam-alam ini dari kacamata pembangunan berteraskan islam.


4) daripada pandangan pembangunan berteraskan islam, benarkan sumber alam itu terhad manakala kemahuan manusia tidak terhad? bincangkan dengan mengemukakan alasan-alasan yang jitu.


5) antara mardhatillah dan al-falah, yang manakah sebenarnya matlamat akhir pembangunan berteraskan islam? berikan hujah-hujah anda. selain itu, huraikan maksud dan kaedah mencapai matlamat akhir pembangunan berteraskan islam yang anda pilih ini.


6)pilih satu tajuk berikut dan bincangkan secara kritis kekuatan dan kelemahannya :

a. Islam Hadhari
b. 1 Malaysia
c. Wawasan 2020
d. Teori pembangunan Radikal
e. Membangun Bersama Islam
f. Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA )
g. Gagasan Neo-Liberalisme



selamat menjawab. =)

Saturday, October 31, 2009

keluarga

petang tadi selepas Zohor, aku telefon mak. dah dua minggu tak mendengar suara, hanya berhubung melalui SMS, bagusnya teknologi namun masih tidak mampu mengubat kerinduanku pada yang tersayang. bangkit dari tidur kali kedua (kali kedua??.. hehehehe..aku tak akan tidur selepas subuh , petua awet muda dan time pintu2 rezeki terbukak ngantuk cmna pun tahan je, tapi akan tidur semula selepas pukul 11 , kalau nak tido la), aku mengajak Saba pergi membeli topup, walaupun kredit banyak lagi, tapi buat spare-part. tak dijangka, biar lebih jangan tak cukup. yelah, bile dah ckp dgn mak mana nak ingat dunia, dari sekecil-kecil cerita sehingga sebesar-besar cerita. dari cerita tebang garden, sampai ke cerita majlis kahwin. hah! seperti biasa, aku akan ditanya bila balik rumah?.insyaAllah 20 November ni, dan mak aku menyenaraikan aktiviti mingguan aku sepanjang cuti sem ni. tau tak ape? pegi jemputan kahwin la, ape lagi. daripada jiran satu blok hingga jiran satu felda, sehingga sepupu sehingga nak ke simpang renggam. banyaknya. takpe, demi parent ku sayangi, semua itu mampu ku tempuhi.

"kak ni, mak dah tebang satu pokok rambutan kat belakang, nak buat garaj." wah, hilang lagi pokok rambutan kami. tau tak? rumah kami dikelilingi pokok rambutan dan setiap anak-anaknya diberi satu pokok rambutan sebagai pengenalan diri. tapi pokok rambutan aku sombong, sedap buahnya tapi susah nak berbuah. tak kisah la, janji port baik untuk aku mencari ilham duduk di atas pokok dan melihat pemandangan. rumah atas bukit, view cantik je, terutama waktu petang.tapi malam jangan lepak pula kat situ, sebab akan terpandang jalan menuju ke kubur. so siang je k.

hampir satu jam berbual, main pas-pas tepon dengan adik, bertanya perkembangan belajarnya:

aku : cmne belajar?
adik : boleh la
aku : mak kata, malas bc buku
adik : mana ada, mak tak nampak, main tuduh2 je
aku : iye lah tu, kak ni tak nmpak boleh la tipu, sekolah agama mcamana?
adik : ngah cuti sekarang
aku : eleh, kalau tak cuti pun, selalu seminggu sekali je dtg kan?
adik ; itu shift la
aku : takda maknanya, last exam sekolah menengah macamana?
adik : entah dah lupa, no 12 kot
aku : bila nak up ke top 10 ni, asyik top 20
adik : ...........senyap..........(garangkah aku?..tidak la)

yelah, dia la adik bongsu ku, selalu berada top 3 semasa sekolah rendah (kdg2 tergelincir ke top 4 ), namun apabila masuk ke sekolah menengah masih belajar menyesuaikan diri. berada di kelompok pelajar menengah atasan. hanya dua kelas tingkatan satu je di waktu pagi, terpaksa berada di antara pelajar-pelajar tingkatan 3 hingga 6atas. mungkin mencari masa untuk belajar menyesuaikan diri walaupun dah hampir dah hbis sidang ni.huhuhhu.. moral support itu penting. teringat pula, dua hero kami selalu buat masalah dari segi belajar, mereka baik, tapi nakal. tapi apa jalan penyelesaian kami(kakak-kakak)?. kalau ada masalah prestasi kehadiran atau disiplin. Along akan menelefon pihak sekolah, tidak kira akan bercakap dengan pengetua, guru kelas mahupun guru kaunseling atau guru penolong kanan (kdg2 kalau dia ada kat rumah direct pergi sekolah). prestasi mereka selalu di pantau. mereka? tidak pernah merungut sebab, berani kerana benar takut kerana salah. kalau ada masalah, mak? sangat profesional, dia akan duduk berbincang dengan anak-anaknya apa yang berlaku, namun dalam suasana tidak formal, supaya anak-anak selesa untuk berbincang. belajar mendengar dari kedua-dua pihak. supaya tidak menyalahkan orang lain. kadang2 kami (kakak-kakak) emosi sikit, namun hero-hero mak akan berbincang dengan mak dan mak akan menerangkan kepada kami apa yang sebenarnya terjadi. cantik kan susunan perjalanan ibuku dalam mendidik anak-anak. boleh kah aku?

kemudian pas telepon kat apak pula. huhuhuhu. kalau rasa nak ketawa, memang la kene cakap dengan dia. Raja Lawak kami. dari sekecil-kecil cerita sampai sebesar-besar cerita. ketawa memanjang. gurau senda itu kan penting dalam hubungan kekeluargaan.

apak : bila balik
aku : 20 hb. nanti jemput tau 21hb pg
apak : beres
aku : kak ni balik pastu cuti sebulan
apak : itu yang nak dengar tu, apak nk g jalan2

hahahaa..aku tau sebenarnya diorang bosan kat rumah. dah tak da siapa. sepatutnya minggu ni angah balik rumah, tapi tak jadi sebab tak sihat. sebab tu dia frust. hahaha. apelah ayah aku ni. (banyak lagi la yang kami bual. tapi yang lawak2 je)

kemudian pas balik kat mak. sambung cerita semula. daripada hal jiran-jiran tarik muka sesama jiran (mak aku tak terlibat k, sebab dia jenis tak suka menyibuk) sehingga la hal jiran aku mintak izin nk tebang pokok kelapa aku. hukhukhuk. dia nak wat rumah baru, takut pokok kelapa tumbang kat rumah dia. kalau diselidiki, tak sampai pun. tapi takpela keputusan ditangan kedua orang tua ku. habislah nanti kat rumah dah takda bekalan kelapa , macamana nak wat dodol hari raya nanti?? (berfikir-berfikir).. kemudian bla...bla..bla...(banyaklah cerita, haruskah diceritakan??..tidak la)

apa pengajaran?..banyak. kepada kawan-kawan luangkan masa bersama keluarga. apa yang kamu beri kamu akan dapat kembali. kalau kamu berputus asa mereka sentiasa di belakang kita. masih setia berdiri di sebalik diri kita. kalau ibu bapa terlalu sibuk jangan disalahkan mereka. mereka mencari duit untuk siapa? kita jugak. yang penting ikatan persaudaraan sesama adik beradik harus kuat. tak kira lelaki atau perempuan. skrg kita lihat ramai yang suka buat hal masing-masing dan mengabaikan tanggungjawab sebagai anak mahupun sebagai abang, kakak,mahupun adik. realitinya kadangkala globalisasi dan kemajuan sedikit sebanyak menghakis hubungan kekeluargaan ini. pokok pangkalnya terletak pada diri sendiri. betul tak?..fikir-fikirkan.

created by : cik shu




Friday, October 30, 2009

blog

tiba-tiba aku diajukan satu soalan " shu, apa kes dengan blog??"..aku senyum je. yelah dia follower setia den. sebenarnya blog lama aku dah musnahkan. gantikan yang baru. yang lebih mengingatkan aku tentang makna kehidupan. makna apa itu jalan sebenar yang harus dilalui. bukan hanya mahukan yang terbaik, namun sebagai manusia kitalah yang harus menjadi yang terbaik supaya ada cahaya yang terang di hadapan. dan inilah blog terbaru aku.bukan memohon simpati, namun ia adlah kisah realiti yang sentiasa membuatkan aku berfikir dan terus berfikir apakah yang sebenarnya diingini oleh seorang manusia dalam hidupnya. semoga mampu dijadikan renungan dan iktibar buat kita semua. insyaAllah..amin


salam ukhwah
created by : cik shu

Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

egitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Wednesday, October 28, 2009

nukilan cereka

suka aku untuk menceritakan pengalaman pulang ke kampung beberapa bulan yang lepas. seronok dan mengeratkan hubungan antara aku, mak, apak dan nenek. belum sampai johor lagi, mak aku dah mesej . "kak ni, nak ikut mak n apak balik kampung tak??..dengan pantas aku menjawab " nak, mak tunggu sampai kak ni balik tau, jangan balik dulu". peristiwa ni berlaku seminggu sebelum bulan puasa. seronok, bila jadi orang penting di ajak berjalan-jalan. aku suka berjalan-jalan, buang masa? tak la. kalau kita meneliti setiap perkara yang kita buat pasti ada makna. itulah layar kehidupan. yang penting pengisian yang boleh kita dapati daripada setiap urusan seharian kita.

sampai rumah agak lewat dalam jam 11 pagi. selalunya kalau perjalanan lancar dari penang ke johor dalam jam 9 atau 10 pagi dah sampai rumah. jenuh la mak dan ayah aku tunggu. hampir separuh perjalanan tiba-tiba mak aku call "kak ni dah sampai mana ni?" 'sg ara, mak' (aku menjawab). "ok, mak tunggu kat rumah ni, apak pergi hantar servis kereta sekejap kat kedai"..ok. sebenarnya pada hari itu, aku diambil oleh kakak dan tunangnya di Larkin. so, tak naik bas lompat-lompatla. abg Ady belanja McD untuk sarapan. Wah, macam orang putih makan burger waktu pagi. biarlah, hati adik mesti dipikat tau.

sampai rumah je, nampak mak tengah menyapu halaman. wah, dia memang suka nampak luar rumah kemas. sebab dia kata, kat luar ni pandangan orang, kalau kotor, orang akan cakap tak kemas, tak bersih. iya , betul sekali. kalau ayah aku pula dia suka membersihkan dalam rumah, dapur terutamanya. tapi aku dan dua heronya selalu suka buat sepah. hahahahaha..love u. kami bertolak balik rumah nenek selepas zohor. balik bertiga je. yang paling seronok bila mak aku cakap " kak ni, mak nak bawa g satu tempat nak makan ABC spesel kat parit raja " wahhhh..bestnye. sampai Parit Raja, kami singgah mkn ABC, wow, besar tau ABC tu, lepas tu aku cakap dengan mak, 'kita share je la mak' banyak sangat tak habis. selepas menjamu selera, singgah sekejap kat pekan tu, biasalah mak aku mesti ada barang yang dia berkenan nak dibeli. sebab tu la, balik tiga orang pun, kereta boleh penuh.

selepas asar baru sampai rumah nenek. senyap je masa kami sampai. mana nenek ni. magic ke? sunyi je. lalu kami menuju ke pintu dapur. "assalamualaikum", salam diberi. tiba-tiba ada suara dari dalam. hah, nenek ada la tu. rupa-rupanya nenek kat dapur dengan pak Long. Pak long balik rumah die sekejap, singgah rumah nenek makan. assalamualaikum , nyai (panggilan nenek bg yang berketurunan jawa, jgn tk tau k) waalaikummusslam yang, huhuhu (aku senyum). lamanya tak jumpa (perlukah nenekku berkata begitu, yelah aku kat utara , macamana la nak jumpa.hehehe) setelah tangannya ku cium, giliran pipiku pula menjadi mangsa untuk dicium, badanku pula dipeluk. hahaha, jangan jeles. adalah seperti biasanya, aku akan habiskan masa duduk di ruang tengah, ngan mak n apak, pak long dan nenekku seperti biasa suka menyediakan makanan untuk aku makan. kalau tak makan akan dipaksanya sampai makan. "makan yang, kat dapur tu ada nasi ngan lauk, g amik makan"..huhuhu..(syik mkn je aku ni). tapi ayat yang biasa aku guna kat mak ialah "alamak dan full tank la mak"

apa yang aku suka nak ceritakan adalah, bagaimana nenekku suka kalau cucunya balik. kalau adik beradik aku memang paling dia suka. hehehe. tak tau kenapa, kami pandai amik hati agaknya. allahualam. pesanan nenek kepada ku "ada masa telefon la nyai, jangan senyap aje tau, bagi kabar berita" cewah..nenek sunyi la tuh. kamu tetap di hatiku.

kadangkala aku terfikir. iye, setiap orang akan melalui fasa ini iaitu kesunyian . waima mak aku pun selalu cakap 'boringla kak ni, sorang2 kat rumah, takda kawan nak bual2. yela tinggal mak,apak n adik je kt rumah, of course la mak aku kesunyian. dia sorang je wanita. itula, bila anak-anak mula membesar, satu persatu meninggalkan rumah samada berkeluarga, bekerja dan aku belajar, jauh di utara. semakin jauh dari keluarga. orang kata biar belajar jauh nanti dapat kerja dekat je. insya Allah. kita hanya merancang. yang menentukan adalah yang maha pencipta. kadangkala mak aku hanya cakap sedikit je, tapi penuh bermakna dan aku selalu memahaminya mungkin kerana aku selalu menghabiskan masa bersamanya. yela, anak perempuan bongsu. nak kata manja, biasa je, tapi sentiasa ada di sisi.

teringat perutiwa, satu hari masa raya mak aku tiba-tiba berkata " orang lain, makin lama mkin tukar kereta besar sebab anak-anak makin membesar, tapi mak, anak-anak makin membesar makin nak diambil orang". bermakna kan kata-kata seorang ibu. iyelah, ketiga-tiga anak yang besar2 semua perempuan, along dah berkeluarga dan dah ada baby pun, angah pula dah bertunang dan insyaallah akan melangsungkan perkahwinan tahun hadapan, aku?belum berpunya dan masih belum merancang, tapi lama kelamaan pasti aku pun akan melalui fasa seperti kakak-kakakku. jadi yang tinggal hanya hero-hero kedua ibu bapaku.

itulah lumrah alam, ada kecil ada besar, ada hidup ada mati, setiap perkara ada pasangannya. setiap permulaan ada pengakhiran. yang penting sebagai manusia kita harus bersedia menerima apa jua rancangan yang telah diaturkan oleh Yang Maha Pencipta. setiap yang terbaik bagi kita tidak semestinya terbaik bagi Allah. namun apa yang Allah telah rancangkan untuk kita adalah sebaik-baik rancangan dan sebaik-baik kejadian. redha dengan ketentuanNya. moga ada jalan kebenaran di hadapan. Amin..

created by : cik shu


Sunday, October 25, 2009

24 oktober 2009

Apakah peristiwa yang menarik hari itu. terlalu banyak. gembira, suka dan duka semuanya ada disimpul menjadi satu sebagai peringatan, panduan mahupun kenangan yang kekal di ingatan.

aku dah merancang dengan ex-roomte nak keluar hari tu. kami nk menghabiskan masa berdua. tujuan asalnya nk mkn KFC. dan zati pun nk membayar bil celcom di tesco. segalanya berjalan lancar.pada permulaannya hanya nak menjamu selera KFC di sg Dua. tetapi kemudiannya mengubah fikiran mahu ke Bukit Jambul pula. mungkin keadaan hujung minggu membuatkan rencana asal berubah. manusia , banyak merancang namun yang menentukan ialah Pencipta. dah elok2 rancang tapi kerap kali agenda berubah. namanya manusia. suka ikut hati je. mula-mula sekali kami ke terminal sg nibong, mahu membeli tiket pulang johor. sebenarnya aku kurang berminat nak membeli tiket sebab acapkali akan dikerumuni oleh penjual-penjual tiket tatkala menjejakkan kaki ke sana. tapi nak buat mcamana, itulah destinasi yang perlu dituju jika mahu pulang ke kampung halaman. lepas je park 'puteri' dgn bayaran rm0.50 , aku dan zati pun menuju la ke kaunter jualan. seperti yang dijangka ..belum sampai pun kami dah disambut (dengan penjual tiket la), maka seperti biasa episod dialog berlaku...

penjual tiket 1 : akak, KL kak
aku : takpe-takpe, saya nk beli kat kaunter
penjual tiket 1 : akak nk g mana? leh sy tunjukkan
aku : takpe2..sy ske beli kat kaunter

kemudian dtg penjual tiket kedua (konsortium) bas yang aku selalu naik. walaupun begitu, aku masih dengan perangai yang degil ni.

penjual tiket 2 : nk kemana kak? KL
ish..ingat muka aku ni muka KL ka? sabar je la. asal dtg je mesti diorang akan tanya nak g KL ke...
aku : takpe2.. saya nk beli kat kaunter, saya suke beli kat kaunter
penjual tiket 2 : akak nak naik bas ape
aku : konsortium
penjual tiket 2 : sayalah la tu, marilah
aku (yang masih degil ) : takpe, saya nak beli kat pusat die yang besar
penjual tiket 2: same je la, mari saya tunjukkan
aku : lain la, saya suka beli kat pusat dia, tak mau cawangan, lain
penjual tiket 2 : apa yang beza? sama je

ish orang ni..suka ati aku la. dan dia pun terus mengekori aku sampai aku tiba di kaunter jualan, sambil tu kami berbahas lagi. tapi dah tak bape ingat apa yang dibahaskan. yela, dia tak sudah-sudah nak menang. suka hati la nak beli kat mana. pelik la mereka ni. dan dipendekkan cerita, aku pun membeli dua tiket, single seat. habis cerita tapi nak balik tu sempat la meminta maaf dengan penjual tiket tadi sebab asyik berbahas tadi. aku pun salah juga. tapi kite sebagai pengguna berhak tau. tapi setiap manusia ada salah dan benar . minta maaf sahaja jika kita rasa apa yang kita lakukan pada orang lain mendatangkan ketidakpuashatiaan kepada mereka. dikhuatiri jika orang itu tidak redha. ditanya nanti di akhirat.

usai urusan di terminal, aku mengajak zati pergi ke tesco untuk membayar bil celcom dia dan kekasih hatinya (mereka bakal berkahwin tau, Insya Allah 2011, sebab zati extend setahun, kalau tidak, tahun depan dia dah kahwin..wah..satu persatu kawan-kawanku mulai memulakan hidup baru, aku??..tiada perancangan . banyak juga bil yang perlu dibayar, ada la dalam tiga ratus lebih. biasalah, bila kita guna mana nak ingat, main guna je, tiap-tiap bulan la menderita bila bil datang mencelah. adat orang bercinta, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Di Bj, destinasi utama yang dituju adalah KFC. sudah lama berkeinginan untuk menikmati KFC, hari tersebut baru tertunai. banyak kenangan kami berdua disana, menghabiskan masa berbual-bual, berkongsi cerita, berjalan-jalan mengelilingi pusat tersebut, singgah di Watson (tempat yang paling aku suka bila ada jualan murah), dan rupa-rupanya pada hari itu ada ujibakat "RAJA LAWAK", ada aku suka?.. tapi zati suka la pula. terpaksa menemani dia menyaksikan sedikit ujibakat tersebut. menarik melayan ex-roomte ku ini. dengan waffer di tangan, makan sambil berdiri dan menyaksikan ujibakat. tiada apa yang menarik. tapi bagi dia mungkin peluang untuk menyaksikan acara berkenaan. mahu melihat Zizan katanya. aku menyuruh dia bergambar bersama Zizan, tapi malu katanya. tidak mengapa. akhirnya aku mengajaknya pulang sebab petang tu, aku perlu menghabiskan masa bersama roomte ku pula. mahu ke pasar malam. aktiviti mingguan yang mengeratkan lagi hubungan kami. sempat zati nak membeli nasi ayam kesukaannya. ikut je la shu.

sampai bilik , hampir juga jam 6, aku lihat roomte ku sedang berbaring. lantas ku tnya:

aku : saba. nak pergi pasar tak?
saba : shu tak penat ke
aku ; it;s ok sayang
saba : boleh juga, nak pergi pukul berapa
aku : lepas shu sembahyang asar kita pergilah ye
saba : ok, tapi banyak order ni
aku : ok je

perkara utama yang aku tekankan bila pergi pasar dengan saba adalah, dahului membeli apa yang orang tempah sebab dikhuatiri kita terlupa, maka akan menyebabkan hati teman-teman terusik. dan saba seorang yang sentiasa mendengar arahan. bila dah penuhi apa yang ditempah, baru kita fikir apa yang kita nak beli. kebiasaannya begitu. namun pada hari berkenaan ada satu tempahan yang tidak dapat kami penuhi sebab tiada dijual. setelah berfikir dan berbincang sejenak, kami mengambil keputusan untuk tidak membeli makanan sampingan. maaf kepada teman yang menempah. bukan salah kami.

satu peristiwa pahit berlaku apabila kami mahu pulang ke desasiswa, semasa menaiki puteri. tak sampai 3 meter perjalanan. aku merasai sesuatu kelainan pada puteri. alamak!! berulang kembali ke?..tayar belakang puteri bocor lagi. aku panik. macamana ni, walaupun panik, masih tenang lagi. Alhamdulillah. tenang kami. cuma berfikir apa yang harus dibuat, handphone tak bawa, no telefon mekanik pun tak bawa. namun apabila kita berserah kepada Allah, akhirnya Allah membantu. Subhanallah...tiba-tiba ada hamba Allah yang berani meminjamkan motornya supaya kami boleh pulang ke desasiswa dan mengambil handphone untuk menghubungi mekanik. kalau dilihat secara rasional, berapa ramai yang sanggup meminjamkan motornya kepada orang yang kurang dikenali, aku pun begitu, tidak pernah ku serahkan puteri untuk digunakan orang lain tanpa perhatian. cuma puteri pernah digunakan oleh aini, juniorku semasa majlis hari raya tahun lepas. bukan kedekut, namun sayang, kita akan lebih menghargai sesuatu yang kita tidak perolehi dengan mudah. betul kah? ia, benar sekali.

dengan karenah mekanik yang pelbagai ragam. kutahankan sahaja. sempat ku berkata kepada saba "jangan bagitau mereka, kita dilanda kesusahan ini, biarkan sahaja, yang penting kita sudah dapat membelikan apa yang diminta oleh mereka. begitu sekali, kenapa ye..aku pun tak tau. aku tidak suka kita dilihat lemah dan tidak sampai hati menyusahkan orang lain dalam kehidupan peribadi, melainkan selalu menyusahkan im dalam membuat assignment. yela sebab dia kreatif, aku sekadar memberi pandangan sahaja. semasa menunggu mekanik itu menukar tiub sempat juga aku berbual-bual dengannya. banyak juga yang dibincangkan sama ada secara ilmiah mahupun tidak. dan sebagai pelajar sains sosial kita perlu mendekati pelbagai golongan supaya kita lebih mengenali apa kehendak dan masalah yang dilalui oleh mereka. tinggi impian mekanik ini. terlalu banyak, namun yang paling aku ingati adalah , dia mahu mewujudkan sebuah negara yang tiada kasta, semua sama, tiada kaya, tiada miskin. boleh kah???..hanya tuhan yang tahu (semasa menulis entry ini, aku sedang mendengar lagu ''hanya tuhan yang tahu' by UNIC ). banyak lagi yang kami bincangkan, namun biarlah ia sekadar di ingatan sebagai memenuhi impian dia untuk bercerita. mana yang elok harus diikut, mana yang buruk , tinggalkan.

akhirnya, segala masalah sepanjang hari berkenaan selesai. selepas mengucapkan terima kasih, kami pulang ke bilik. penat. usah cerita la. dari pagi, bermula dengan latihan pantun, diikuti hri bersama zati dan disusuli dengan bersama saba. apa yang menarik?? ikatan persahabatan sesama rakan sebilik. bukan semua pelajar mampu mengekalkan keharmonian sesama rakan sebilik. Alhamdulillah, semenjak orientasi sehingga kini, 3 rakan sebilik sudah aku kenali dan semuanya baik-baik belaka. tidak membuat hal, boleh bertolak ansur, manja dan pelbagai lagi. sehingga aku boleh menghabiskan masa bersama-sama mereka. faktor apakah yang mempengaruhi? adalah persefahaman dan belajar menerima seadanya. tiada yang sempurna di dunia ini. cuba mencari titik persamaan, jangan hanya menyalahkan tetapi tidak cuba memperbaiki apa yang tidak sempurna. mengharap orang yang memahami kita amatlah sukar namun cukuplah sekiranya kita mampu membuatkan orang sekeliling kita mempercayai kita seadanya. apa yang baik itu datangnya dari maha pencipta.


created by : cik shu











Thursday, October 22, 2009

bersyukurlah kamu.....

ketika aku menaiki bas untuk pulang ke USM beberapa bulan lepas, usai menghabiskan cuti pertengahan semester di johor, satu peristiwa yang sehingga kini tidak dapat dilupakan sehingga sekarang dan mungkin sepanjang hayatku. kisah yang menyentuh hati, merentap keegoaanku sebagai seorang manusia, seorang khalifah. mungkin ramai yang mengandaikan ia hanyalah kisah picisan, namun entah mengapa sehingga hari ini tatkala aku terkenang kisah ini, pasti masih terselit penyesalan yang tiada kesudahan. YaAllah. hambamu ini sungguh bersalah. moga masih ada jalan untuk ku menebus khilafku.

seperti biasa, kenderaan awam menjadi kenderaan rasmi tatkala mahu menuju ke terminal Larkin. bukan tidak mahu dihantar, namun telah terdidik sejak tahun satu di universiti supaya pandai berdikari. seawal 5 petang bertolak dari rumah dan dihantar oleh ayah ke kota tinggi. hanya setakat itu sahaja aku mahu dihantar. kasihan pula kepada ayahku sekiranya dia menghantarku ke larkin yang jaraknya mengambil masa hampir 2 jam. risau melihat dia memandu keseorangan pulang nanti melalui jalanraya yang dikelilingi hutan sepanjang jalan dari kota ke rumah. ayahku menanti sehingga aku sudah menaiki bas. selepas bersalaman ,mencium pipinya dan melayangkan 'flying kiss', ayah pun pulang semula ke rumah. tinggallah aku menunggu bas bergerak menuju ke destinasi. penantian yang biasa aku lakukan. entah, tak dapat nk dinyatakan mengapa aku gemar menaiki bas, sebab paling utama sebab aku suka memerhati gelagat manusia yang pelbagai ragam. seronok melihat manusia di kanan dan kiri, ada yang baik, ada yang buruk ada yang boleh diikut dan ada yang tidak boleh diikut sama sekali.

berbalik semula kepada keadaan dalam bas. entah mengapa, kali ini aku kurang berkenan dengan pemandu bas nye..walaupun menaiki bas yang biasa dinaiki. alamak lupa la nama bas tu. (semasa entry ini ditulis )..ayat yang aku pernah ckp dgn 'beliau'.."kadang2 manusia ni akan hilang ingatan". panorama keindahan alam, kesibukan manusia menghiasi pandanganku sepanjang perjalanan. diselangselikan dengan penumpang yang ingin turun dan juga yang ingin naik. tambang dibayar, resit diberi, loceng ditekan. fenomena biasa berlaku. seronok. aku paling suka duduk di bahagian depan. dalam seat 3 atau 4 dari pemandu bas. entah. mungkin lebih mudah aku melihat gelagat orang. lagipun kalau di USM sudah lama aku tidak menaiki bas tidak kira bas komuter, milan mahupun Rapid. mungkin keberuntungan yang dimiliki..'puteri' sentiasa menjadi teman sekiranya mahu kemana-mana. luv u puteri sepertimana aku luv kat ' beliau'. oleh itu menaiki kenderaan awam di Johor satu peluang aku suka. walaupun jarak rumah ke sana lebih kurang 2-3 jam..kesian. naik bas lompat2..

hampir separuh perjalanan, tiba di Kg Ubi. semua kisah bermula. dapat dilihat betapa manusia yang terlalu mengejar dunia. dari jauh kulihat kelibat dua orang lelaki menunggu bas berhenti, barangkali mahu naik, dan tepat jangkaan ku. seorang lelaki berpakaian biasa dan seorang lelaki mungkin lebih muda daripadaku memakai jubah putih sambil membimbit beg pakaian. selesai penumpang pertama membayar tambang, tiba giliran lelaki kedua. dia memasukkan syiling kedalam kotak duit. sekali dentingan berbunyi " TING!!!" aku memerhatikan sahaja dengan jarak dariku lebih kurang 2-3 meter. bermula sesi dialog berlaku antara lelaki tersebut dan pemandu bas terbabit :


pemandu bas : bpe masukkan?
lelaki tersebut hanya berdiri, diam seketika.kemudian pemandu bas tersebut bertanya lagi tapi dengan nada yang agak tinggi

pemandu bas : bape masukkan td!!!!!!
lelaki itu : emm..20 sen
pemandu bas : ape???.. ko ingat ni bas bapak kau
lelaki itu : sy nk g depan tu je..(sambil tangannye menunjuk ke hadapan)
pemandu bas : tak kira!! turun..20 sen je.. Turun!!!!!!!!!!!!

kemudian pemandu bas tesebut memberhentikan bas dan mencampakkan beg lelaki tersebut ke luar. dengan muka yang sedih lelaki tersebut masih lagi memohon simpati agar dihantar ke destinasi yang diminta. TURUN!!!!!!!!!!!!!! (kata pemandu bas td). dan akhirnya lelaki tersebut turun dengan perasaan sedih. aku??.. hanya memerhati dan terus memerhati. adilkah aku ketika itu?? sepanjang perjalanan aku berfikir menyesali tingkahku. kenapa tidak aku bangun menghulurkan barangkali rm 1 atau rm2 kpd lelaki tersebut. mungkin lelaki tersebut benar-benar memerlukan wang ketika itu, cuma yang mampu diberi ada lah 20 sen. Ya Allah, hambamu ini terlalu alpa dengan kesenangan yang dimiliki. jika kita berada di tempat lelaki berkenaan , bagaimana ya?? pasti malu diperhatikan, malu di marahi. namun aku berharap semoga dia diberi kekuatan dalam hidup. sepanjang perjalanan aku berfikir kenapa aku tidak membantu dan ia seakan-akan memberi pengajaran bermakna dalam hidupku. terlalu bermakna. apa salahnya sekiranya pemandu bas tersebut membantu, kalau tidak pun janganlah menjatuhkan air muka lelaki tersebut. namun semuanya sudah tertulis pada hari berkenaan yang perkara ini akan berlaku. kuasa pencipta tiada siapa yang mampu menghalangnya.

apa yang aku pelajari? terlalu banyak. mungkin hari ini hari lelaki itu ditimpa perkara sebegini, giliran kita? tiada siapa yang tahu. Ya Allah semoga aku tabah menempuhi ujianmu. sesungguhnya tidak dikira seseorang itu sekiranya dia belum diuji. jangan tamak, berani kerana benar. mungkin lelaki itu sedang memperjuangkan agama Allah kerana dilihat dari penampilannya, namun jalan dakwah terlalu banyak ranjaunya. sentiasalah bersyukur dan berdoa semoga kita ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang sedikit iaitu orang-orang yang bersyukur dgn nikmat yang diperoleh. ada hikmahnya Allah menunjukkan peristiwa sebegini di hadapan mataku, supaya aku lebih menghormati orang lain dan mungkin lebih menghargai apa yang berada disekelilingku. aku akan terus menaiki bas awam kerana setiap kali aku menaikinya pasti ada rentetan peristiwa yang mengujakan dan mengusik hati. semoga hidupku ini diberkati Pencipta dan dipermudahkan jalan kebenaran.. amin..


created by : cik shu



About Me

My photo
seorang gadis yang hanya mahukan pelbagai rentetan kehidupan dijadikan renungan sebagai bekalan pada masa hadapan. masih belajar menikmati hidup dengan tenang dan gembira dan menjadikan persekitaran sebagai petunjuk terbaik. semoga ada jalan kebenaran dihadapnnya..AMIN.....