Thursday, April 29, 2010

SBU213E- ISSUES OF URBANIZATION

Isu-isu Perbandaran
( 3 jam)


1. Apakah kepentingan bandaraya? Nyatakan maksud bandaraya mega. Bincangkan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan sesebuah bandaraya.


2. Nyatakan maksud kemiskinan bandar. Mengapakah kemiskinan tidak cukup diukur dengan ukuran lazim yang hanya mengambilkira faktor ekonomi yang nyata sahaja? Bincangkan beberapa strategi untuk membasmikan kemiskinan bandar.


3. Nyatakan maksud sektor informal. Bagaimanakah sektor informal menyumbang kepada pembangunan ekonomi bandar? Bincangkan beberapa program yang dijalankan untuk mengintegrasikan sektor informal ke dalam aktiviti ekonomi di negara sedang membangun.


4. Bincangkan beberapa masalah perumahan bandar di negara sedang membangun. Apakah strategi yang telah digubal untuk menyelesaikan masalah perumahan bandar di negara sedang membangun?


5. Apakah Agenda Brown? Bincangkan dua contoh program yang direka untuk mencapai pembangunan bandar mapan.

Sunday, April 25, 2010

SBU 313- Kerajaan tempatan dan Undang-undang Perbandaran

April/Mei 2010
( 3 jam )


1. Menurut Nirmala Rao (2007), proses urbanisasi dan globalisasi merupakan cabaran utama bagi kebanyakan kerajaan tempatan sama ada di negara maju mahupun negara sedang membangun. Jelaskan bentuk cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan tempatan kesan daripada proses urbanisasi dan globalisasi tersebut.


2. Berdasarkan laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang telah ditubuhkan pada 1 Julai 1965, satu proses penyusunan semula kerajaan tempatan telah dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia. Bincangkan kesan proses penyusunan semula ini terhadap struktur dan sistem kerajaan tempatan di Malaysia.


3. Akta Kerajaan Tempatan 1976 membolehkan setiap kerajaan tempatan menggubal dan menguatkuasakan pelbagai undang-undang kecil perbandaran dalam mengurus tadbir kawasan tempatan masing-masing. Menggunakan contoh yang sesuai, bincangkan masalah yang dihadapi oleh kerajaan tempatan dalam menguatkuasakan undang-undang kecil berkenaan.


4. Huraikan ciri-ciri urus tadbir bandar yang baik (good urban governance). Jika anda dilantik sebagai seorang Yang Dipertua Majlis Kerajaan Tempatan, apakah tindakan anda untuk mengaplikasikan ciri-ciri urus tadbir bandar yang baik untuk mencapai ke arah pembangunan bandar mapan.


5. Nyatakan jenis-jenis sumber kewangan kerajaan tempatan. Bincangkan faktor-faktor penyebab kepada masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan kerajaan tempatan di negara ini dan berikan cadangan penyelesaian untuk setiap masalah yang dikemukakan.


6. Apakah masalah berkaitan sumber manusia yang masih dihadapi oleh kerajaan tempatan pada masa kini dan bagaimanakah masalah berkenaan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan tanggungjawabnya terhadap masyarakat di kawasan tadbirannya. Bincangkan dengan contoh yang sesuai.

SBU 342 - Institusi Pembangunan Berteraskan Islam

April/Mei 2010
( 3 jam )


1. Institusi pembangunan Islam merupakan manifestasi kepada pembangunan berteraskan Islam. Bincangkan hubungan institusi pembangunan Islam dengan prinsip-prinsip pembangunan berteraskan Islam.


2. Apakah yang dimaksudkan dengan pengimarahan masjid? Bagaimanakah pengimarahan masjid boleh membawa kepada pembangunan berteraskan Islam? kemukakan hujah anda berdasarkan nas Al-Quran dan Hadith.


3. Titik perbezaan antara institusi perbankan konvensional dengan institusi perbankan Islam ialah pengamalan riba'. Senaraikan TIGA ayat al-Quran atau hadith yang membincangkan tentang riba'. Secara kritis, bincangkan pengajaran yang ada di dalamnya. Kenapakah persoalan riba' ini penting dalam sistem perbankan Islam?


4. Anda dilantik menjadi Pengurus Besar perbadanan Wakaf Negeri Pulau Pinang dan ditugaskan membangunkan wakaf di negeri ini sebaiknya. Secara terperinci, huraikan kaedah-kaedah yang akan anda gunakan bagi membangun wakaf.


5. Bincangkan secara kritis kekuatan, permasalahan dan isu pengurusan institusi pentadbiran Islam masa kini.


6. Anda adalah seorang pegawai Jabatan pengagihan Zakat di sebuah negeri di Malaysia. Anda ditugaskan merancang satu kaedah penggunaan zakat untuk memaksimakan faedahnya dalam kalangan asnaf fakir dan miskin. Huraikan dengan terperinci bagaimanakah perancangan anda dalam mencapai tujuan ini.

Sunday, March 21, 2010

Apa yang akan jadi

Tiba-tiba tangan ni terpanggil untuk menaip, minda ini berputar-putar penuh dengan andaian, hati ini meronta-ronta minta diluahkan...Aduhai insan..

Apa akan jadi ya???

* Andai satu hari nanti kita jatuh miskin, tiada duit walau sesen pun, jika ada pun tak sampai seringgit dalam bank. Tiada apa makanan yang boleh dimakan saat itu, saat itu lapar sekali. Kereta, rumah, bil belum berbayar-bayar lagi, orang sekeliling sudah mulai memandang hina, langkah longlai diatur kerana harga diri seperti sudah hilang. Betulkah duit segala-galanya dalam hidup? Jawapan aku adalah - segala-galanya perlukan duit, nak makan, nak isi minyak kereta, nak bayar bil, nak bayar itu nak bayar ini, segala-galanya duit-duit, dunia kini tidak pandang perkara lain, dengan duit orang samapai berbunuh-bunuhan, dengan duit boleh hilang persaudaraan dan pelbagai implikasi negatif.

Apa akan jadi ya?

* Jika insan yang ada depan mata kita, bergelak ketawa, menangis bersama-sama, berkongsi masalah bersama-sama tiba-tiba tiada di sisi. pergi kemana? Jika pergi kemana-mana mungkin harapan nak jumpa ada lagi, tapi kalau pergi buat selama-lamanya, apa akan jadi, tatkala rindu datang menjelma mesti tangisan tidak dapat ditahan. Bersediakah kita menerima kehilangan yang tersayang terutamanya keluarga, suami, anak-anak. Itu la putaran dunia, nak atau taknak kene hadapi.

Apa akan jadi ya?

*Jika hari ini kita sihat,namun tiba-tiba kita ditimpa sakit . Jika sakit yang biasa-biasa itu perkara biasa, tetapi jika penyakit kronik, Masya Allah. bagaimana tu? pastinya tiada lagi kehidupan yang selesa, makan terpaksa dijaga, pergerakan terbatas, mengharapkan bantuan orang lain, duit keluar macam air , nak kerja pasti terbatas adan mungkin terpaksa berhenti dan pelbagai lagi.

...........................................................................................................................................................

macam-macam perkara akan jadi. Jangan mengharapkan hanya yang manis sahaja yang menjelma, namun perlu juga kita mengingati akan setiap perkara buruk yang akan berlaku supaya kita akan lebih bersedia mengharungi dan menghadapinya. Supaya kita tidak menyalahkan orang lain dan supaya kita tidak putus hubungan dengan Maha Pencipta..InsyaAllah...

Sesungguhnya rancangan Allah itu adalah rancangan yang terbaik untuk hambanya, walaupun kadangkala kita seakan-akan benci dengan apa yang diaturNya.. semoga ada pengakhiran yang baik untuk semua ujian yang diturunkan..Amin




created by : Cik Shu

Tuesday, February 23, 2010

Sabar sahaja yang mampu ku buat

Terkejut!!!..pagi-pagi jumpa PUTERI..nak bawak dia pergi jumpa coach dan kawan-kawan dan sekaligus nk tengok sukad kat Batu Uban..Tetiba ternampak helaian kertas di bakul PUTERI yang bertulis begini:

"sorry ar......
nak tegur sikit....parking moto 2, parking ar betol2, orang lain pn nak parking juga.......
Bukan parking atas line...tegur ni bkn ape sb selalu sangat kot aku tgk moto ni
parking macam nie...
parking ar tengah sikit..Jangan makn ruang orang lain.....

salam.....

Surat layang ini adalah asli, aku salin semula tulisannya mengikut apa yang penulis tulis. Reaksi pertama dapat surat layang?? dah takda perasaan. Biasa je. Lepas tu aku simpan sampaikan satu hari aku tunjuk kat Im. Apa Im cakap?..biar betul Shu..selalu ke kita park motor macam ni..nampak macam budak tu tak puas hati je. Tak boleh terima ni. Aku? diam je. Sebab apa? malas nak layan karenah penghantar surat layang tu. Lagipun tak kenal pun..macam baling batu sembunyi tangan. Ada beberapa sebab kenapa aku susah nak lawan:

1) Jadilah profesional..aku dah peringkat Universiti, bukan budak-budak lagi.

2) Api jangan lawan dengan minyak..nanti jadi makin marak

3) Aku tak salah ketika tu sebab motor sebelah aku dah makan kawasan aku..Jadi memang takda pilihan. Mungkin sebab si penulis tersebut sukar nak keluarkan motor dia. sebab tu dia baik hati pagi-pagi tulis surat cinta kat aku.

4) Aku faham perasaan penulis surat tu..sebab aku selalu mengalami masalah sedemikian. Tapi pandai-pandailah kompromi. Kalau tak percaya tanyalah Im, dia selalu bersama-sama aku..kadangkala sampai tersepit aku nak keluar tak boleh..sampai pernah kaki aku kene ekzos panas..berparut tau..tapi adatlah memang ruang tempat parking motor tu memang sempit....

5) Tak guna marah-marah..bukan aku tau pun siapa penulis surat tu, jadi buat biasa je la..yang malu mesti orang yang tulis surat tu sebab dia yang kenal PUTERI aku.

6) ingatlah....setiap tindakan anda melambangkan tahap keintelektualan diri anda. Bila pertama kali baca surat cinta itu, aku hanya tersenyum..Inikah mentaliti pelajar menara gading kala ini. Menegur itu bagus sebab aku jadi berhati-hati selepas itu, namun cara teguran itu biarlah berhemah. Aku lebih suka teguran yang dibuat secara berdepan.


Kesimpulannya untuk menjadi pemandu atau penunggang di Penang bukan perkara yang mudah.. Hon disana sini.. sesak di sana sini..tak ikut peraturan banyak sekali..sikap kurang ajar dan tak mahu bersabar..sesungguhnya sangat memeningkan. Tanyalah Im, berapa kali dihimpit, di hon dan bermacam-macam lagi. Senang kata, kalau anda ikut peraturan alamatnya memang jadi bahan ketawa sahaja la di sini..Aku jadi lebih mengerti kini....


Created by cik Shu

Thursday, January 7, 2010

Bila hati kita di bolak balikkan......


Apabila hati kita semakin dibolak-balikkan, pandangan mata kita kadangkala selalu tersalah, pendirian kita kadangkala tampak goyah, pendapat kita kadangkala dilihat seakan-akan tersasar dari landasan, namun itulah hakikat kehidupan. Hati-hati ini milik Yang Maha Pencipta. Dia berhak menentukan apa yang diingininya bagi menguji hamba-hambanya. Oleh itu, usah terkedu andai yang baik dilihat seakan-akan kejam, yang alim dilihat terpesong, yang lembut dilihat kasar, yang tegas dilihat longlai dan yang bijaksana dilihat bodoh.


created by : Cik Shu

Sunday, January 3, 2010

Saat yang paling jujur....

Seorang sahabat yang paling baik di dunia ialah seorang sahabat yang tidak akan memuji sahabatnya sekiranya sahabatnya dilimpahi oleh kejayaan dan sentiasa menegur kesilapan yang dilakukan oleh sahabatnya walaupun kesilapan itu sebesar zarah. Adakah anda orang itu? Berapa orang yang suka dipuji melambung-lambung sehingga tidak terkata lebarnya bibir mengukir senyum, betapa tingginya dada didabik megah dan betapa bangganya diri apabila menerima pelbagai kata-kata pujian yang semuanya manis-manis belaka. Dan berapa orang pula diantara kita yang benci dikritik, dikata dan ditegur akibat kesilapan yang dilakukan oleh diri sendiri tanpa sedar? Oleh itu, saat paling jujur antara kita dan sahabat kita adalah tatkala dia menegur setiap kesalahan kita kerana teguran mereka akan membetulkan kembali hala haluan hidup kita menuju ke destinasi yang diredhai manakala kawan yang gemar memuji, membodek dan menyanjung tinggi setiap kejayaan dan kelebihan kita adalah kawan yang boleh menjerumuskan hidup kita kearah yang lebih buruk kerana akibat pujian itulah kita akan menjadi lebih riak, takbur dan bangga diri sehingga boleh menafikan setiap kebolehan orang lain dan menganggap diri kita adalah yang terbaik.

Pernahkan anda mendengar satu kata-kata " Musuh adalah cermin terbaik bagi diri kita" . Selalu kita menganggap musuh adalah ancaman dalam hidup kita, namun jika dilihat secara rasional mengapa kita dipertemukan dengan seorang yang bernama musuh. Ia adalah sebagai cermin kepada diri kita yang sebenar. Siapakah yang selalu mencari kesalahan dalam diri kita, pastilah yang bernama musuh. Mereka akan menyelongkar segala-galanya mengenai keburukan, kejelekkan mahupun kelemahan kita. Apa nitijahnya? supaya kita dapat merenung kembali apakah kelemahan kita yang menjadi modal kepada musuh untuk memprovokasikan pelbagai isu. Walaupun hati kita akan tersentap kesakitan dek penangan fitnah-fitnah musuh kita, namun ia adalah langkah terbaik untuk memotivasikan hidup kita menjadi lebih kuat dan akan cuba berusaha menjadi yang lebih baik supaya musuh-musuh kita akan kehilangan akal untuk memporak-perandakan hidup kita dan kehilangan modal untuk memburuk-burukkan diri kita. Itukan implikasi positif yang boleh kita dapat daripada seorang mahupun beberapa orang musuh.

Jadi peringatan kepada semua mahupun diriku sendiri, carilah sahabat yang benar-benar boleh dibuat sahabat. Boleh bersama susah dan senang, boleh mengkritik kita bagi memperbetulkan kesalahan, bukan hanya pandai memuji melambung tinggi sehingga timbul perasaan riak dalam diri. Nauzubillah. Jika kawan mengkritik diri kita janganlah terus menganggap dirinya teruk namun itu yang seelok-eloknya bagi kita melihat keburukan diri kita yang tidak kita sedari kerana sentiasa sudah berada dalam 'zon selesa'. Mungkin pada kali pertama anda dikritik, hati pasti terguris, ambillah masa untuk merenung kembali apa silap diri kita dan kembalilah memperbetulkan apa yang kurang. Semoga kita bersama-sama dapat menjadi kawan sejati kepada sahabat-sahabat kita. Amin....

About Me

My photo
seorang gadis yang hanya mahukan pelbagai rentetan kehidupan dijadikan renungan sebagai bekalan pada masa hadapan. masih belajar menikmati hidup dengan tenang dan gembira dan menjadikan persekitaran sebagai petunjuk terbaik. semoga ada jalan kebenaran dihadapnnya..AMIN.....