Wednesday, November 25, 2009

cuti dan musim orang kahwin


Agak lama tak tengok blog ni. Maaf ye 'Aisy, tuanmu ini kekeringan idea nak menulis. Huhuhu. Sekarang ni cuti semester dah bermula. Pelbagai agenda telah dirancang. kenduri kahwin, Orang bertunang, majlis tahlil adalah antara agenda wajib yang mesti dihadiri dan menuntut penglibatanku. Lain-lain agenda ialah nak kuruskan badan (hahhaha..boleh ka?)..nak berjoging pagi-pagi sekeliling rumah, nak siapkan pantun-pantun yang tergendala, nak ubahsuai dan mengemas bilik, nak kemas stor..wah..banyak tu..tercapaikah?..semoga terlaksana semua impian.

Hari pertama sampai Johor je, aku tak sempat nak sampai rumah. Mak suruh tunggu kat kota tinggi, sebab kami terus nak pergi majlis nikah sepupu di Tebrau. Kami tak la rapat sangat, tapi aku pernah duduk rumah dia dalam 3-4 hari (tak ingat la) sebab banjir besar yang melanda Kota tinggi suatu masa dulu, aku terkandas tak dapat balik rumah sebab jalanraya semua dipenuhi air. Masa tu kerja kat Venture. Balik pagi je semua jalan ditutup..Huhuhu..apalagi berbekalkan ehsan dari pakcik duduk la rumah dia sehelai sepinggang. Akhirnya setelah beberapa inisiatif difikirkan, aku berjaya pulang ke Tenggaroh tetapi melalui jalan jauh, pusing Kluang dan Kemudiannya ke Jemaluang. Tidak mengapalah janji sampai rumah. Duduk rumah sendiri lagi seronok, nak buat apa sahaja boleh.

Berbalik semula kepada cerita asal tadi, Sampai sahaja di Kota Tinggi, tengok-tengok jam, terawal la pula, mesej mak, dia dalam perjalanan. Jadi kene tunggu la. Sementara tunggu pergilah cari kedai makan nak sarapan. Dalam hati teringin nak makan lontong. Yummy..yummy..Akhirnya misi sempurna. Walaupun diganggu seorang lelaki ketika makan (konon-kononya nak berkenalan la tu..tak mau..tak mau..). Selepas siap sarapan, aku tunggulah mak kat terminal, dalam setengah jam kemudian, mak dan apak pun sampai. Kemudian kami bertiga pun meneruskan perjalanan ke Tebrau. Sampai sana majlis belum bermula lagi, pagi hari mereka adakan majlis akad nikah dulu, sementara tunggu Pak Kadi datang (lambatlah pula Pak Kadi ni..hehehe)...aku pun naik atas bual-bual dengan mak, kemudian makan dulu kat khemah. Tahu tak, aku tak salin baju pun, baju dari penang tu aku pakai sampai ke majlis kenduri. Baju blaus dan jeans. Agak tak bersesuaian la, tapi nak buat macamana, boleh la tu. Tapi aku terangkan la kepada tuan rumah yang aku baru sampai dari penang.

Majlis pernikahan ini antara orang Johor dan pasangannya dari Perlis. Jauhnya. Apalagi aku pun tanya la kat mak dan apak, Kalau dapat orang mana-mana boleh??..jawapannya boleh. Huhuhhu..Agak tengahari juga la majlis pernikahan berlangsung. Adat Johor agak berbeza sikit dengan utara. Agak kesal juga la apabila tetamu pihak lelaki kurang menghormati majlis pernikahan, namun ditegur oleh Pak Kadi. Biasalah budak-budak bujang ini, mereka fikir kahwin perkara yang main-main agaknya. mental dan fizikal kena kuat tau. Bukan setakat 'i love u, u love me" banyak perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. persediaan perlu ada. Berleter pula aku ni..Macam ada pengalaman je. Kami tak tunggu majlis persandingan sebab kena bergegas balik kerana di tenggaroh pun ada rewang. Sebelum tu sempat singgah kat ECONSAVE..shopping!!!..sampai rumah je dalam pukul 4 lebih la. Aku keletihan, jadi malam tu mak aku je yang pergi rewang kat rumah jiran. Badan aku sakit-sakit sebab bawa balik batu bata dari penang (bawa balik barang yang dah diperlukan, iyelah tinggal satu sem je lagi..Insya Allah).

Musim-musim cuti sekolah ni, memang ramai yang buat majlis kahwin, majlis tunang. Seorang kawan baik aku (Faezah) akan melangsungkan majlis pertunangan dia pada 12 Disember ini, aku tetamu yang 'wajib ' pergi. Huhuhu..Yang terbaru kawan sekelas aku (Juliana) yang akan melangsungkan perkahwinan pada 29 November ini, walaupun agak marah sebab tidak dijemput secara rasmi (tahu perkara ini pun melalui rakan-rakan yang lain) namun aku mendoakan semua kawan-kawanku yang menempuh hari bahagia agar dipermudahkan urusan dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Perkahwinan di johor, banyak persepsi yang aku dengar. Masa praktikal kat MINDEF dulu. kawan aku dari UMS (Lum Chee Hong) mempersoalkan mengenai duit hantaran pengantin di Johor. LUM dari Negeri Sembilan. Dia tanya aku betulkan duit hantaran di Johor mengikut kelulusan akademik, semakin tinggi taraf akademik semakin tinggi duit hantaran. Ekspresi pertama aku adalah " terkejut"..hahhahaha. Aku tak pernah dengar pula ada kes macam ni dan menurut Lum kawan satu universiti dia yang berasal dari Johor yang memberitahu. Lepas tu, aku cakap dengan Lum, perkara ini mungkin ada berlaku namun bukan semua tempat di Johor dan ia bukan adat Johor. Ia lebih bersifat metarialistik bagi individu tertentu. Budaya yang selalu ada di Johor adalah 'budaya tol' iaitu bagi pengantin lelaki dikehendaki membayar tol sebelum dibenarkan masuk dan duduk di pelamin, sebelum sampai ke pelamin tu, mungkin mereka akan menempuhi dua atau tiga pintu tol yang selalunya terdiri daripada saudara mara dan jiran tetangga. Bagi pihak lelaki, kamu tak perlu la bagi banyak-banyak, sekadar buat syarat sahaja. Paling tinggi tol adalah di pelamin. Iyelah ketika itu nak melihat bakal isteri yang cantik perlu la bayar tol kepada Mak Andam. Seronok sebagai hiburan. Jadi lelaki luar Johor yang dapat perempuan johor janganlah terkejut pula ye.

Adat-adat lain tak adalah sangat, sekadar kene basuh periuk kenduri, itu mungkin perkara biasa bagi setiap pengantin. Aku pernah tanya (lupa aku tanya kat siapa) kenapa mesti pengantin basuh periuk dan orang tu jawab, iyelah kita semua dah meraikan mereka, jadi mereka pula la yang basuh periuk..ooooo rupanya begitu. betul juga ye. Mengenai duit hantaran, ia terpulang kepada kepada perbincangan kedua-dua pihak. jangan sampai bergolok gadai sudah la ye. banyak kes yang dipaparkan di dada akhbar mengenai pengantin yang ditipu kononnya bakal suami jutawan. Jadi kepada wanita-wanita, jangan terlalu melihat kepada harta benda, dikhuatiri kelak kamu yang rugi. Walaupun duit tu penting, tapi agak-agaklah juga. Takkanlah setiap masa otak tu berfikir mengenai duit. Kalau hendak enjoy lebih, carilah duit sendiri, lebih puas hati nak guna.Pilihlah seseorang kerana agamanya, kelak kamu tidak akan rugi apa-apa. Sekadar peringatan kepada diriku dan juga kepada semua.


created by : Cik Shu


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
seorang gadis yang hanya mahukan pelbagai rentetan kehidupan dijadikan renungan sebagai bekalan pada masa hadapan. masih belajar menikmati hidup dengan tenang dan gembira dan menjadikan persekitaran sebagai petunjuk terbaik. semoga ada jalan kebenaran dihadapnnya..AMIN.....