Thursday, October 22, 2009

bersyukurlah kamu.....

ketika aku menaiki bas untuk pulang ke USM beberapa bulan lepas, usai menghabiskan cuti pertengahan semester di johor, satu peristiwa yang sehingga kini tidak dapat dilupakan sehingga sekarang dan mungkin sepanjang hayatku. kisah yang menyentuh hati, merentap keegoaanku sebagai seorang manusia, seorang khalifah. mungkin ramai yang mengandaikan ia hanyalah kisah picisan, namun entah mengapa sehingga hari ini tatkala aku terkenang kisah ini, pasti masih terselit penyesalan yang tiada kesudahan. YaAllah. hambamu ini sungguh bersalah. moga masih ada jalan untuk ku menebus khilafku.

seperti biasa, kenderaan awam menjadi kenderaan rasmi tatkala mahu menuju ke terminal Larkin. bukan tidak mahu dihantar, namun telah terdidik sejak tahun satu di universiti supaya pandai berdikari. seawal 5 petang bertolak dari rumah dan dihantar oleh ayah ke kota tinggi. hanya setakat itu sahaja aku mahu dihantar. kasihan pula kepada ayahku sekiranya dia menghantarku ke larkin yang jaraknya mengambil masa hampir 2 jam. risau melihat dia memandu keseorangan pulang nanti melalui jalanraya yang dikelilingi hutan sepanjang jalan dari kota ke rumah. ayahku menanti sehingga aku sudah menaiki bas. selepas bersalaman ,mencium pipinya dan melayangkan 'flying kiss', ayah pun pulang semula ke rumah. tinggallah aku menunggu bas bergerak menuju ke destinasi. penantian yang biasa aku lakukan. entah, tak dapat nk dinyatakan mengapa aku gemar menaiki bas, sebab paling utama sebab aku suka memerhati gelagat manusia yang pelbagai ragam. seronok melihat manusia di kanan dan kiri, ada yang baik, ada yang buruk ada yang boleh diikut dan ada yang tidak boleh diikut sama sekali.

berbalik semula kepada keadaan dalam bas. entah mengapa, kali ini aku kurang berkenan dengan pemandu bas nye..walaupun menaiki bas yang biasa dinaiki. alamak lupa la nama bas tu. (semasa entry ini ditulis )..ayat yang aku pernah ckp dgn 'beliau'.."kadang2 manusia ni akan hilang ingatan". panorama keindahan alam, kesibukan manusia menghiasi pandanganku sepanjang perjalanan. diselangselikan dengan penumpang yang ingin turun dan juga yang ingin naik. tambang dibayar, resit diberi, loceng ditekan. fenomena biasa berlaku. seronok. aku paling suka duduk di bahagian depan. dalam seat 3 atau 4 dari pemandu bas. entah. mungkin lebih mudah aku melihat gelagat orang. lagipun kalau di USM sudah lama aku tidak menaiki bas tidak kira bas komuter, milan mahupun Rapid. mungkin keberuntungan yang dimiliki..'puteri' sentiasa menjadi teman sekiranya mahu kemana-mana. luv u puteri sepertimana aku luv kat ' beliau'. oleh itu menaiki kenderaan awam di Johor satu peluang aku suka. walaupun jarak rumah ke sana lebih kurang 2-3 jam..kesian. naik bas lompat2..

hampir separuh perjalanan, tiba di Kg Ubi. semua kisah bermula. dapat dilihat betapa manusia yang terlalu mengejar dunia. dari jauh kulihat kelibat dua orang lelaki menunggu bas berhenti, barangkali mahu naik, dan tepat jangkaan ku. seorang lelaki berpakaian biasa dan seorang lelaki mungkin lebih muda daripadaku memakai jubah putih sambil membimbit beg pakaian. selesai penumpang pertama membayar tambang, tiba giliran lelaki kedua. dia memasukkan syiling kedalam kotak duit. sekali dentingan berbunyi " TING!!!" aku memerhatikan sahaja dengan jarak dariku lebih kurang 2-3 meter. bermula sesi dialog berlaku antara lelaki tersebut dan pemandu bas terbabit :


pemandu bas : bpe masukkan?
lelaki tersebut hanya berdiri, diam seketika.kemudian pemandu bas tersebut bertanya lagi tapi dengan nada yang agak tinggi

pemandu bas : bape masukkan td!!!!!!
lelaki itu : emm..20 sen
pemandu bas : ape???.. ko ingat ni bas bapak kau
lelaki itu : sy nk g depan tu je..(sambil tangannye menunjuk ke hadapan)
pemandu bas : tak kira!! turun..20 sen je.. Turun!!!!!!!!!!!!

kemudian pemandu bas tesebut memberhentikan bas dan mencampakkan beg lelaki tersebut ke luar. dengan muka yang sedih lelaki tersebut masih lagi memohon simpati agar dihantar ke destinasi yang diminta. TURUN!!!!!!!!!!!!!! (kata pemandu bas td). dan akhirnya lelaki tersebut turun dengan perasaan sedih. aku??.. hanya memerhati dan terus memerhati. adilkah aku ketika itu?? sepanjang perjalanan aku berfikir menyesali tingkahku. kenapa tidak aku bangun menghulurkan barangkali rm 1 atau rm2 kpd lelaki tersebut. mungkin lelaki tersebut benar-benar memerlukan wang ketika itu, cuma yang mampu diberi ada lah 20 sen. Ya Allah, hambamu ini terlalu alpa dengan kesenangan yang dimiliki. jika kita berada di tempat lelaki berkenaan , bagaimana ya?? pasti malu diperhatikan, malu di marahi. namun aku berharap semoga dia diberi kekuatan dalam hidup. sepanjang perjalanan aku berfikir kenapa aku tidak membantu dan ia seakan-akan memberi pengajaran bermakna dalam hidupku. terlalu bermakna. apa salahnya sekiranya pemandu bas tersebut membantu, kalau tidak pun janganlah menjatuhkan air muka lelaki tersebut. namun semuanya sudah tertulis pada hari berkenaan yang perkara ini akan berlaku. kuasa pencipta tiada siapa yang mampu menghalangnya.

apa yang aku pelajari? terlalu banyak. mungkin hari ini hari lelaki itu ditimpa perkara sebegini, giliran kita? tiada siapa yang tahu. Ya Allah semoga aku tabah menempuhi ujianmu. sesungguhnya tidak dikira seseorang itu sekiranya dia belum diuji. jangan tamak, berani kerana benar. mungkin lelaki itu sedang memperjuangkan agama Allah kerana dilihat dari penampilannya, namun jalan dakwah terlalu banyak ranjaunya. sentiasalah bersyukur dan berdoa semoga kita ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang sedikit iaitu orang-orang yang bersyukur dgn nikmat yang diperoleh. ada hikmahnya Allah menunjukkan peristiwa sebegini di hadapan mataku, supaya aku lebih menghormati orang lain dan mungkin lebih menghargai apa yang berada disekelilingku. aku akan terus menaiki bas awam kerana setiap kali aku menaikinya pasti ada rentetan peristiwa yang mengujakan dan mengusik hati. semoga hidupku ini diberkati Pencipta dan dipermudahkan jalan kebenaran.. amin..


created by : cik shu



No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
seorang gadis yang hanya mahukan pelbagai rentetan kehidupan dijadikan renungan sebagai bekalan pada masa hadapan. masih belajar menikmati hidup dengan tenang dan gembira dan menjadikan persekitaran sebagai petunjuk terbaik. semoga ada jalan kebenaran dihadapnnya..AMIN.....