Sunday, January 3, 2010

Saat yang paling jujur....

Seorang sahabat yang paling baik di dunia ialah seorang sahabat yang tidak akan memuji sahabatnya sekiranya sahabatnya dilimpahi oleh kejayaan dan sentiasa menegur kesilapan yang dilakukan oleh sahabatnya walaupun kesilapan itu sebesar zarah. Adakah anda orang itu? Berapa orang yang suka dipuji melambung-lambung sehingga tidak terkata lebarnya bibir mengukir senyum, betapa tingginya dada didabik megah dan betapa bangganya diri apabila menerima pelbagai kata-kata pujian yang semuanya manis-manis belaka. Dan berapa orang pula diantara kita yang benci dikritik, dikata dan ditegur akibat kesilapan yang dilakukan oleh diri sendiri tanpa sedar? Oleh itu, saat paling jujur antara kita dan sahabat kita adalah tatkala dia menegur setiap kesalahan kita kerana teguran mereka akan membetulkan kembali hala haluan hidup kita menuju ke destinasi yang diredhai manakala kawan yang gemar memuji, membodek dan menyanjung tinggi setiap kejayaan dan kelebihan kita adalah kawan yang boleh menjerumuskan hidup kita kearah yang lebih buruk kerana akibat pujian itulah kita akan menjadi lebih riak, takbur dan bangga diri sehingga boleh menafikan setiap kebolehan orang lain dan menganggap diri kita adalah yang terbaik.

Pernahkan anda mendengar satu kata-kata " Musuh adalah cermin terbaik bagi diri kita" . Selalu kita menganggap musuh adalah ancaman dalam hidup kita, namun jika dilihat secara rasional mengapa kita dipertemukan dengan seorang yang bernama musuh. Ia adalah sebagai cermin kepada diri kita yang sebenar. Siapakah yang selalu mencari kesalahan dalam diri kita, pastilah yang bernama musuh. Mereka akan menyelongkar segala-galanya mengenai keburukan, kejelekkan mahupun kelemahan kita. Apa nitijahnya? supaya kita dapat merenung kembali apakah kelemahan kita yang menjadi modal kepada musuh untuk memprovokasikan pelbagai isu. Walaupun hati kita akan tersentap kesakitan dek penangan fitnah-fitnah musuh kita, namun ia adalah langkah terbaik untuk memotivasikan hidup kita menjadi lebih kuat dan akan cuba berusaha menjadi yang lebih baik supaya musuh-musuh kita akan kehilangan akal untuk memporak-perandakan hidup kita dan kehilangan modal untuk memburuk-burukkan diri kita. Itukan implikasi positif yang boleh kita dapat daripada seorang mahupun beberapa orang musuh.

Jadi peringatan kepada semua mahupun diriku sendiri, carilah sahabat yang benar-benar boleh dibuat sahabat. Boleh bersama susah dan senang, boleh mengkritik kita bagi memperbetulkan kesalahan, bukan hanya pandai memuji melambung tinggi sehingga timbul perasaan riak dalam diri. Nauzubillah. Jika kawan mengkritik diri kita janganlah terus menganggap dirinya teruk namun itu yang seelok-eloknya bagi kita melihat keburukan diri kita yang tidak kita sedari kerana sentiasa sudah berada dalam 'zon selesa'. Mungkin pada kali pertama anda dikritik, hati pasti terguris, ambillah masa untuk merenung kembali apa silap diri kita dan kembalilah memperbetulkan apa yang kurang. Semoga kita bersama-sama dapat menjadi kawan sejati kepada sahabat-sahabat kita. Amin....

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
seorang gadis yang hanya mahukan pelbagai rentetan kehidupan dijadikan renungan sebagai bekalan pada masa hadapan. masih belajar menikmati hidup dengan tenang dan gembira dan menjadikan persekitaran sebagai petunjuk terbaik. semoga ada jalan kebenaran dihadapnnya..AMIN.....