Thursday, April 29, 2010

SBU213E- ISSUES OF URBANIZATION

Isu-isu Perbandaran
( 3 jam)


1. Apakah kepentingan bandaraya? Nyatakan maksud bandaraya mega. Bincangkan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan sesebuah bandaraya.


2. Nyatakan maksud kemiskinan bandar. Mengapakah kemiskinan tidak cukup diukur dengan ukuran lazim yang hanya mengambilkira faktor ekonomi yang nyata sahaja? Bincangkan beberapa strategi untuk membasmikan kemiskinan bandar.


3. Nyatakan maksud sektor informal. Bagaimanakah sektor informal menyumbang kepada pembangunan ekonomi bandar? Bincangkan beberapa program yang dijalankan untuk mengintegrasikan sektor informal ke dalam aktiviti ekonomi di negara sedang membangun.


4. Bincangkan beberapa masalah perumahan bandar di negara sedang membangun. Apakah strategi yang telah digubal untuk menyelesaikan masalah perumahan bandar di negara sedang membangun?


5. Apakah Agenda Brown? Bincangkan dua contoh program yang direka untuk mencapai pembangunan bandar mapan.

Sunday, April 25, 2010

SBU 313- Kerajaan tempatan dan Undang-undang Perbandaran

April/Mei 2010
( 3 jam )


1. Menurut Nirmala Rao (2007), proses urbanisasi dan globalisasi merupakan cabaran utama bagi kebanyakan kerajaan tempatan sama ada di negara maju mahupun negara sedang membangun. Jelaskan bentuk cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan tempatan kesan daripada proses urbanisasi dan globalisasi tersebut.


2. Berdasarkan laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang telah ditubuhkan pada 1 Julai 1965, satu proses penyusunan semula kerajaan tempatan telah dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia. Bincangkan kesan proses penyusunan semula ini terhadap struktur dan sistem kerajaan tempatan di Malaysia.


3. Akta Kerajaan Tempatan 1976 membolehkan setiap kerajaan tempatan menggubal dan menguatkuasakan pelbagai undang-undang kecil perbandaran dalam mengurus tadbir kawasan tempatan masing-masing. Menggunakan contoh yang sesuai, bincangkan masalah yang dihadapi oleh kerajaan tempatan dalam menguatkuasakan undang-undang kecil berkenaan.


4. Huraikan ciri-ciri urus tadbir bandar yang baik (good urban governance). Jika anda dilantik sebagai seorang Yang Dipertua Majlis Kerajaan Tempatan, apakah tindakan anda untuk mengaplikasikan ciri-ciri urus tadbir bandar yang baik untuk mencapai ke arah pembangunan bandar mapan.


5. Nyatakan jenis-jenis sumber kewangan kerajaan tempatan. Bincangkan faktor-faktor penyebab kepada masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan kerajaan tempatan di negara ini dan berikan cadangan penyelesaian untuk setiap masalah yang dikemukakan.


6. Apakah masalah berkaitan sumber manusia yang masih dihadapi oleh kerajaan tempatan pada masa kini dan bagaimanakah masalah berkenaan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan tanggungjawabnya terhadap masyarakat di kawasan tadbirannya. Bincangkan dengan contoh yang sesuai.

SBU 342 - Institusi Pembangunan Berteraskan Islam

April/Mei 2010
( 3 jam )


1. Institusi pembangunan Islam merupakan manifestasi kepada pembangunan berteraskan Islam. Bincangkan hubungan institusi pembangunan Islam dengan prinsip-prinsip pembangunan berteraskan Islam.


2. Apakah yang dimaksudkan dengan pengimarahan masjid? Bagaimanakah pengimarahan masjid boleh membawa kepada pembangunan berteraskan Islam? kemukakan hujah anda berdasarkan nas Al-Quran dan Hadith.


3. Titik perbezaan antara institusi perbankan konvensional dengan institusi perbankan Islam ialah pengamalan riba'. Senaraikan TIGA ayat al-Quran atau hadith yang membincangkan tentang riba'. Secara kritis, bincangkan pengajaran yang ada di dalamnya. Kenapakah persoalan riba' ini penting dalam sistem perbankan Islam?


4. Anda dilantik menjadi Pengurus Besar perbadanan Wakaf Negeri Pulau Pinang dan ditugaskan membangunkan wakaf di negeri ini sebaiknya. Secara terperinci, huraikan kaedah-kaedah yang akan anda gunakan bagi membangun wakaf.


5. Bincangkan secara kritis kekuatan, permasalahan dan isu pengurusan institusi pentadbiran Islam masa kini.


6. Anda adalah seorang pegawai Jabatan pengagihan Zakat di sebuah negeri di Malaysia. Anda ditugaskan merancang satu kaedah penggunaan zakat untuk memaksimakan faedahnya dalam kalangan asnaf fakir dan miskin. Huraikan dengan terperinci bagaimanakah perancangan anda dalam mencapai tujuan ini.

About Me

My photo
seorang gadis yang hanya mahukan pelbagai rentetan kehidupan dijadikan renungan sebagai bekalan pada masa hadapan. masih belajar menikmati hidup dengan tenang dan gembira dan menjadikan persekitaran sebagai petunjuk terbaik. semoga ada jalan kebenaran dihadapnnya..AMIN.....